Sinopsis Amukan Pocong

Mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan dua orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah janjikan sebelum ini. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Berkaitan